2008年7月23日星期三

Notis Langkah-Langkah Keselamatan Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) SAN YUK
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-60916391 (Pusat) 03-60916570 (Cawangan)

Tarikh : 15.7.2008
Rujukan : Bil (1) dlm sjkc sy/03/01/010/2008

Kepada
Semua Ibubapa/ Penjaga Murid

Tuan/Puan

Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Sekolah
Sebagaimana yang disedia maklum, kes-kes penculikan anak murid serta kecederaan yang tidak diingini sering berlaku di dalam kawasan sekolah sejak kebelakangan ini,pihak Kementerian telah mengarahkan semua sekolah mesti mengambil berat dan melaksanakan langkah -langkah keselamatan demi kebaikan anak murid sekolah.
2. Pihak PIBG,Lembaga Pengurus Sekolah dan Pertubuhan Murid-Murid Tua Sekolah telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju dengan sebulat suara menerima serta menyokong dengan sepenuhnya atas langkah-langkah keselamatan yang dicadangkan oleh pihak sekolah. Justeru itu, mulai 1hb Ogos 2008 (Hari Jumaat) , pihak sekolah akan melaksanakan peraturan-peraturan baru demi menjaga keselamatan murid-murid di kawasan sekolah.
Sila rujuk kepada lampiran yang disertakan di bawah:-
3. Demi kebaikan semua, sokongan dan kerjasama daripada semua ibubapa/ penjaga anak murid amat diharapkan dan dihargai. Sekiranya terdapat sebarang masalah peribadi, ibubapa/ penjaga boleh datang berunding dengan pihak sekolah.
4. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Sekian , terima kasih.
Saya yang menurut perintah

(YAU KOK WAN)
Guru Besar


SJK(C)SAN YUK - LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEKOLAH

1. WAKTU SEBELUM SEKOLAH
1.1 Semua murid mesti datang ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
1.2 Murid- murid yang datang lewat hendak mencatatkan rekod kelewatan di pondok keselamatan.
1.3 Pihak sekolah tidak menggalakkan ibubapa /penjaga menemani anak-anak mereka masuk ke dalam kelas , murid-murid dinasihatkan masuk ke dalam kelas sendiri.
1.4 Semua ibubapa/penjaga perlu meninggalkan kawasan sekolah tepat pada pukul 7.30am.

2. WAKTU SEKOLAH
2.1 Semua ibubapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah semasa waktu persekolahan.
2.2 Sekiranya ingin berjumpa Guru Besar, guru atau anak murid , ibubapa hendaklah memohon PAS PELAWAT daripada pengawal keselamatan.
2.3 Sekiranya ibubapa /penjaga hendak berjumpa dengan anak murid ,mereka mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah tersebut.
2.4 Semua murid tidak dibenar keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
2.5 Ibubapa /penjaga mesti mengisi borang tertentu serta mendapat kebenaran dari pihak sekolah sebelum membawa anak mereka meninggalkan kawasan sekolah.
2.6 Sekiranya anak murid sakit atau berlaku hal kecemasan,ibubapa mereka perlu menyerahkan sijil cuti sakit atau surat pemberitahuan kepada guru kelas masing-masing.

3. WAKTU REHAT
3.1 Semasa waktu rehat, semua ibubapa / penjaga dilarang masuk ke dalam kawasan sekolah.
3.2 Sekiranya ibubapa / penjaga ingin membawa makanan dan minuman kepada anak mereka, ibubapa / penjaga hanya dibenarkan menyerahkan makanan dan minuman kepada anak-anak mereka melalui pagar utama di hadapan pintu sekolah.
3.3 Sekiranya hari hujan, ibubapa dibenarkan masuk dan menunggu anak murid di kawasan ruangan bawah bangunan B. Selepas menyerahkan makanan kepada anak murid , ibubapa hendaklah meninggalkan kawasan sekolah dengan secepat mungkin.
3.4 Demi memupuk sikap mencintai alam sekitar, pihak sekolah tidak membenarkan anak murid menggunakan bekas polisterin ,mereka digalakkan menggunakan bekas makanan besi atau plastik.

4. WAKTU LEPAS SEKOLAH
4.1 Pihak sekolah membenarkan ibubapa /penjaga menunggu anak mereka di dewan, kawasan ruangan bawah bangunan A dan B atau di luar pagar sekolah 10 minit sebelum sekolah berlepas.
4.2 Pihak sekolah tidak membenarkan ibubapa/ penjaga menunggu anak mereka di luar bilik darjah.
4.3 Demi memupuk semangat berdikari di kalangan murid-murid , mereka digalakkan membeli serta menikmati makanan dan minuman sendiri di kantin .
4.4 Anak murid tidak dibenarkan membeli makanan dan permainan daripada penjaja-penjaja di luar kawasan sekolah semasa menunggu bas waktu lepas sekolah .
4.5 Selepas kelas tuisyen sekolah, anak murid dikehendaki menunggu kenderaan mereka di depan pintu pagar utama sekolah.