2008年8月1日星期五

一年级新生/2009

万挠三育国民型华文学校
Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) SAN YUK
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-60916391 (Pusat) 03-60916570 (Cawangan)
------------------------------------------------------------------
Kepada : Ibubapa/Penjaga murid-murid Tahun Satu / 2009 Tarikh : 28-7-2008

Kelas Bimbingan Pra Tahun 1 Untuk Murid-Murid Tahun 1, 2009

Sukacitanya dimaklumkan bahawa murid pra Tahun 1 diberi peluang untuk mendapat pendedahan pengajaran dan pembelajaran di samping memupuk minat dan keyakinan murid-murid dalam penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Sains. Pihak PIBG dengan kerjasama sekolah akan menganjurkan Kelas Bimbingan tersebut.

Butiran mengenai Kelas Bimbingan tersebut adalah seperti berikut:
A) Hari Persekolahan :15-12-2008 hingga 23-12-2008
B) Masa Persekolahan :9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
C)Pakaian :Pakaian seragam sekolah
D) Penyertaan :Bebas memilih
E) Sumbangan :Ibu bapa digalakkan memberi sumbangan sebanyak RM20.00 untuk membiayai kos
Pengendalian.
F) Senarai nama murid Kelas Bimbingan Pra Tahun 1 akan dipamerkan di papan kenyataan sekolah pada 10-11-2008
Hingga 14-11-2008. Ibu bapa diminta merujuk senarai nama di papan kenyataan sekolah satu minggu sebelum cuti
Sekolah.


Sesiapa yang berminat untuk membenarkan anak mereka menyertai Kelas Bimbingan tersebut, sila lengkapkan slip
jawapan berserta dengan wang sumbangan sebanyak RM20.00 dan serahkan kepada kerani sekolah pada atau
sebelum 19-09-2008.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Sila hubungi:03-60916391( Sekolah Pusat)
03-60916570(Sekolah Cawangan) untuk maklumat seterusnya.

Yang Ikhlas,
Encik Hoh Peng Keong
Yang Dipertua PIBG