2008年8月25日星期一

UPSR假期通告

CUTI REHAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2008

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan Cuti Merehatkan murid sempena peperiksaan UPSR 2008.

2. Tujuan cuti tersebut adalah kerana pada tempoh peperiksaan, terdapat ramai guru
terpilih menjadi Pengawas Peperiksaan UPSR dan mengatasi masalah kekurangan bilik darjah serta mewujudkan satu suasana yang baik untuk murid-murid menghadapi peperiksaan.

Butir-butir adalah seperti dinyatakan di bawah:_

SEKOLAH PUSAT

9-9-2008 (Selasa) ------ Darjah 5 bersekolah, darjah lain bercuti.
10-9-2008 (Rabu) ------ Darjah 3 bersekolah, darjah lain bercuti
11-9-2008 (Khamis) ------ Darjah 4 bersekolah, darjah lain bercuti



SEKOLAH CAWANGAN

9-9-2008 (Selasa) ------ Semua darjah bercuti.
10-9-2008 (Rabu) ------ Semua darjah bercuti
11-9-2008 (Khamis) ------ Darjah 1 dan 2 bersekolah, darjah lain bercuti


3. Kelas tambahan dalam tempoh peperiksaan UPSR dibatalkan. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

YAU KOK WAN

Guru Besar
SJK(C) San Yuk Rawang